Have a nice day...
Tuesday, March 11, 2008
Takzkirah
Di riwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk bersama
para sahabat. Kemudian datang pemuda Arab masuk kedalam masjid dengan
menangis. Apabila Rasulullah S.A.W melihat pemuda itu menangis, maka
baginda pun berkata, "Wahai orang muda, kenapa kamu menangis?"
Maka berkata orang muda itu, "Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah
meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak
memandikannya." Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan
Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut
orang itu, maka Abu Bakar r.a dan Umar r.a. mendapati ayah orang muda itu
telah bertukar rupa menjadi babi hitam. Maka mereka pun kembali dan
memberitahu kepada Rasulullah S.A.W, "Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat
mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam."
Kemudian Rasulullah S.A.W dan para sahabat pun pergi kerumah orang muda
itu dan baginda pun berdoa kepada Allah S.W.T. Kemudian mayat itu pun
tukar kepada bentuk manusia semula. Lalu Rasulullah S.A.W dan para sahabat
menyembahyangkan mayat tersebut. Apabila mayat itu hendak dikebumikan,
maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam.
Maka Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada pemuda itu, "Wahai orang muda,
apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia didunia dulu?"
Berkata orang muda itu, "Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan
solat." Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, "Wahai para sahabatku,
lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Dihari kiamat nanti
akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam."
Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu
mereka menyembahyanginya, tiba2 kain kafan itu bergerak. Apabila mereka
membuka kain kafan itu, mereka melihat ada seekor ular sedang membelit
leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat. Lalu
mereka cuba membunuh ular itu.
Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut,
"Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, mengapakah kamu semua hendak
membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang
memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat."
Lalu para sahabat bertanya, "Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh
mayat ini?" Berkata ular, "Dia telah melakukan tiga kesalahan, di
antaranya;
1. Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang
2. Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.
3. Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama. Maka inilah balasannya".
Subscribe to:
Posts (Atom)